Friday, July 1, 2011

Cerita 'sayang' dan 'cik ASPARAGUS' ^_^

Di pagi hari itu, burung berkicauan dengan penuh rasa gembira dan riang. Ya, kelihatannya burung-burung ini hati mereka riang sekali. Pohon juga melambai-lambai indah sambil meluruhkan dedaun berwarna brown & green. Memang menambah kerja aku la sebab nak menyapu semua dedaun yang bertaburan indah di atas tanah, merungut aku di dalam hati.

Tiba-tiba, aku dikejutkan oleh suatu suara yang amat menggerunkan. Ya, cuak giler masa tu. Aku segera mengalihkan mukaku dengan penuh lembut dan sopan untuk melihat siapakan pemilik suara yang menggerunkan itu. ASPARAGUS, itulah nama sahabat baikku. Dia datang lagi. Tidak jemu dia menghadirkan diri ke rumahku yang indah permai ini. Well, indah permai la katakan, siapa tak suka datang. Cuma serangga-serangga yang pemalu seperti lipas, cicak, ulat bulu, cengkerik dan seangkatan dengannya sahaja yang tidak suka menghadirkan diri ke rumahku. Almaklumlah, indah permai la katakan~ulang sekali lagi.

Ya,cik ASPARAGUS datang menyapaku.

“Weh, menung panjang nampak! Hai, pikir spe tu?” begitu lah ASPARAGUS, suka menyerkap jarang aku yang lemah lembut ni. Aku hanya membalas dengan menghadiahkan senyuman semanis madu.~padahal nak sembunyikan kecuakan aku yang telah tertangkap ‘termenung mengenang nasib’ di jendela rumah yang bergerigi.

“mana ada” hanya empat suku kata aku membalas. Nak save air liur.

“eleh, ye la tu” balas cik ASPARAGUS sambil membuat muka~mimik muka tersebut dirahsiakan atas tujuan keselamatan.

“still can’t forget him?” oh, inilah sifat sejati cik ASPARAGUS. Suka menyerkap jarang apa yang aku pikirkan. Wajahku yang indah didongakkan sedikit untuk melihat wajah ASPARAGUSnya. “Ya! Sungguh hijau” bisik hati nuraniku.

“oh, no..you start it again dear.” Balasku tujuh perkataan.

“come on sayang, tell me what’s bothering you so much?” ASPARAGUS cuba mengorek rahsia hati aku yang terlindung di balik tembok besar China. Oh no, she start it again.

“nothing la dear. I’m ok. Look at me, I’m ok kan?” balas aku sambil membuat senyum simetri.

“come on, you show me the fake smile as usual” ya, cik ASPARAGUS berjaya meruntuhkan tembok besar China yang aku bina dengan gagahnya menggunakan ayatnya yang seperti gergaji besi.

Aku hanya balas dengan senyuman yang beserta sedikit kesumbingan di situ. Senyum aku sumbing lagi untuk kesekian kalinya.

“you know me kan?” aku membalas kata-katanya dengan ayat yang mempunyai tanda tanya di akhirnya.

“him again right?” dia juga membalas ayat aku dengan ayat yang mempunyai tanda tanya di hujungnya. Cik ASPARAGUS memang suka tiru aku.

Aku mengangguk dengan lemahnnya seperti tidak makan seminggu.

“oh dear, you’ve fallen into him so much. Till now, you still can’t erase him. How such strong feeling you have towards him.” Yes, now she starts.

Aku hanya tunduk melihat bantal busukku. Malu rasanya menatap wajah hijau cik ASPARAGUS. “aku lemah” itulah yang selalu keluar dari hatiku yang tengah sakit ni. Mata bujur cik ASPARAGUS menatap mata bulatku dalam-dalam. Sangat dalam.

Then, she start.

“sayang, jangan sedih, jangan rasa terbeban. What you are going through now is ujian dari ALLAH, nak tengok, sejauh mana sayang boleh bertahan. Nak tengok, kuat kah diri sayang hadapi semua ni. You know kan, ALLAH takkan membebankan hambaNYA dengan ujian yang hambaNYA tak mampu tanggung. ALLAH know you can handle it well, so, HE give you him, to know how much you love HIM and to make you realize, how much HE love you. Ujian hati memang susah nak handle, sebab it’s about ‘hati’, something yang halus dan fragile. Kalau kita silap langkah, habis kita. Sebab tu, hati ni kita kena jaga sebaik mungkin. Ya, perasaan itu tidak salah, ya, kerana perasaan ‘ehem’ itu fitrah, yang salahnya jikalau salah cara kita menguruskannya.“

“it hurt me so much dear, I keep telling myself, he must get out from here, but, he’s still utterly there”

“sayang, don’t push yourself to much. Sebab kalau sayang push and terus push, it will getting stronger.” Aku mengangguk sebanyak sekali. Betul apa yang cik ASPARAGUS cakap, aku buat macam tu dulu, akibatnya, that feeling gloom. My bad.

“sayang, to forget him is jalan yang you pilih. So, pray to ALLAH. He will hear. Doa, moga ALLAH tunjukkan jalan yang terbaik untuk lupakan dia. Dan my sayang akan teruskan hidup macam biasa dan buka hati my sayang untuk terima other. Jangan ragu-ragu dengan your decision, what you choose is the best for you. I trust you, you can do it. Masa adalah ubat paling mujarab untuk melupakan seseorang. Trust me. “ oh, ayat dia menyentuh kalbu aku. Cik ASPRARAGUS, I love you lah!

“you will always be my side?” itulah lima patah perkataan yang aku karang dalam otak yang akhirnya menjadi satu ayat tanya.

“Allah also will. He is always by yourside. Anytime, anywhere. Just pray to him. Ujian ini adalah tanda kasih dan cinta ALLAH pada sayang. Oh, you forgot, Allah tidak akan sesekali menyakiti hambanya. Nothing can beat ALLAH’s love. Once you get ALLAH’s love, you will get the love from everyone. So, in order to get others’ love, love ALLAH first ok?” cik ASPARAGUS melihat mata bulat aku dalam-dalam untuk kesekian kalinya.

“yes, love ALLAH first!” ayat tu betul-betul buat aku semangat. Macam bateri handphone di charge penuh. Macam jugak lepas dapat minum air sejuk di tengah hari yang sangat terik. So refreshing.

“thanks dear, you are always like that. Comforting me through and through. Tak penat ke? Dah dua tahun kot?” cik ASPARAGUS gelak besar dengan pertanyaan aku 2 saat tadi. Dia fikir soalan aku tu lucu apa.

“sayang, apa guna kawan? “ cik ASPARAGUS tanya aku balik. Ish, konpius sungguh cik ASPARAGUS ni. Orang tanya dia, dia tanya orang balik. So, dah dia tanya, aku pun jawab balik, kang kecewa frust menonggeng pulak aku tak jawab soalan dia.

“untuk treat breakfast, lunch, dinner, and supper, untuk teman, belanja and pegang barang kalau keluar gi shopping. untuk macam-macam la, friend is everything kan?” tiba-tiba satu ketukan yang sangat keras mendarat di atas kepala aku. Ya, itulah ketukan maut oleh cik ASPARAGUS bila aku merepek meracau. Oh, bisa sekali ketukan maut beliau. Hampir membuat aku skizofrenia seketika.

“ha, kan dah kena! Merepek lagi. tak pernah nak serius” cik ASPARAGUS mula membebel. Ini yang aku tidak suka. Ya, bagi aku, mulut bukan untuk membebel.

Aku menghadiahkan jelingan maut. Eh, bukan maut, tetapi manja. Sambil mulut comel aku menghadiahkan ayat-ayat indah. Ayat itu seperti di bawah ini:

“thanks dear. Always stay by my side, jangan curang dengan sayang ok? “ aku merek ayat gedik-gedik manja berlada di situ.

“tengok keadaan, depends on your prestasi la. Kalau prestasi you baik, I’ll stay, if no, good bye ok?” ya, kali ini, ketukan maut aku pula berlabuh di atas kepalanya. Dia menjerit kesakitan hingga menggegarkan kawasan kejiranan rumah aku.

“sakit tau?”

“tau!” aku balas dengan rasa bahagia berbunga-bunga ‘ehem’. Almaklumlah, dapat balas dendam.












cinta ALLAH kekal abadi. oh,itulah nasihat 'cik ASPARAGUS' kepada 'sayang'nya. she hold that tightly. moga kali ini dia tidak terjatuh lagi, doa sayang di dalam hati.

inilah cerita 'sayang' dan 'cik ASPRAGUS'. sahabat baik susah dan senang. walaupun mereka berlainan keturunan, tetapi their frienship is so pure. well, persahabatan tidak mengenal keturunan.

this story adalah cerita asli. cuma diubah sedikit wataknya, atas dasar kebahagian dan kecintaan kepada watak.:p

*credit to cik Fatimah Azemi..thank imoh! :) nice story..ehem2..macam tahu2 je ..hehe * 

2 comments:

Anonymous said...

.....

Anonymous said...

its happen to me,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...