Thursday, December 16, 2010

Kenapa kita perlukan sahabat??

Salam sahabat2 yg dikasihi..dah lama ana x post something kat blog ana nie..hehe..dah berhabuk dah pe..hermmmm..hari nie,ari Jumaat..di pagi Jumaat yg penuh barakah ini,nak share something ngan sahabat2 sume..actually,baru buka laman fb,then baru tahu tntg something..then,hati terguris cikit..tapi,xpelah kan..it ok..senyum senyum :) hehe..xdela terasa sgt..namun alhamdulillah ok je tntg hal tu..think positif..:)
Ari nie,nak share berkenaan KENAPA KITA PERLUKAN SAHABAT??
Sahabat... ada apa dgn nama itu ye??jom jom kita layari same2..Ape yang antum tahu mengenai sahabat? Bagi ana sahabat adalah teman yg kita perlukan dalam hidup. Lebih-lebih lagi dalam berdakwah. Sebab tu lah kita dianjurkan untuk berjamaah...baru2 ini,ana ada keluar AS ngan sahabat ana sorang nie..dah lama da x jumpa ngan dya..miss her..kwn ana nie selalu kol..kdg2 rasa bersalah lak jugak kat dya..dya selalu kol..tpi,ana selalu antar mesej je..thank my dear friend :) dya ckap,ogy ang tahu x..berjemaah nie wajib hukumnya...ana jawab..herm...ok!(sbnarnya..da cita kat dya yg ana nie kdg2 iman x kuat kat rumah..turun naik..huhu..sob23 T_T so,kwn2 berjemaah itu wajib kan..hermm..hati pun sayu je..hehe..xda pe2..hai melalut lak..haha..ok ok..Kenapa kita perlukan sahabat??

Seperti di dalam firman Allah yang bermaksud

"dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan jgnlah kamu bercerai berai.... " (3:103)

Pentingnya sahabat dalam kehidupan kita adalah untuk memberi kita semangat ketika kita lemah dalam perjalanan. Dialah sbg peniup semangat dan penghibur di waktu kita sedih.. Tapi awas, bukan senang kita nak cari sahabat yang baik.. Bukan susah juga kita nak bersahabat.
Semua orang memerlukan sahabat. Tak kiralah haiwan ke, apatah lagi manusia.. Sebab sifat manusia, lazimnya mereka akan lemah bila keseorangan. Lihat sahaja para-para nabi. Mereka juga dikurniakan sahabat oleh Allah sebagai teman di dalam perjalanan. Abu Bakar, saidina Umar, saidina Uthman dan ramai lagi sahabat Rasulullah yang menemani baginda dalam menyampaikan dakwah.

Tidak kurang juga nabi Musa yang meminta kepada Allah supaya dikurniakan seorang teman ketika hendak menghadapi firaun dan kaumnya. Mari kita lihat maksud firman Allah di dalam surah Toha yang bermaksud :
"dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, (iaitu) Harun saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia , dan jadikanlah dia teman dlm urusanku, " (20:29- 32).

Lihat, betapa pentingnya sahabat kepada kita sehingga nabi Musa meminta seorang teman kepada Allah untuk meneguhkan kekuatannya..


Islam itu kan indah. Semuanya Allah jadikan kita bersaudara. Firman Allah bermaksud:

"Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah keduanya yg berselisih dan bertakwalah kpd Allah agar kamu mendapat rahmat " (49:10)

Lihat betapa indahnya persaudaraan dalam Islam dan Allah memandang berat dalam masalah ini.

Lihat pula wasiat Rasulullah SAW dalam sebuah hadis..
  “dibuka pintu syurga setiap isnin dan Khamis. Ktk itu diampun semua hamba yg tidakmenyekutukan Allah dgn sesuatu. Kecuali seseorng yg antara dirinya dgn saudaranya ada perselisihan. Dikatakan kpd org tersebut : “Tunda dulu kedua orgini smpai mereka berdamai”” (HR Muslim)
Begitulah kenapa kita memerlukan sahabat. Dan betapa Islam memandang berat masalah ukhuwah ini.. Jadi, jika kita mempunyai sahabat hargailah mereka... kerana sahabat tiada nilainya...
Sebanarnya,,entahla..xreti nak ckp..huhu..dulu2 ana ada byk sgt shabat..tapi,skrg dah berkurang..ana selalu gak antar mesej..namun x berbalas..sedih2 T_T..hehe..tapi,xpe..mybe diorg xde kredit or..busy kot kan..cuba pndg2 positif ye teman2..hehe..hermm..masalah ini oh masalah ini..da byk kali menyelebungi hati..huhu..hai hai..da byk kali da fikir..i think i have doing the right decision!yeah..it true..huhu..ana sebenrnya sgt terkilan+terasa sgt ngan sorang kwn ana..rasa dah byk kali da tegur..so,hrp2 dya phmla..sedih sgt..napa ya..hrp2 nya..pas apa yg ana buat nie,dya phm dan akan refleks diri masing2..ana nie jenis yg amat caring..wow..yeke?xcayala..haha..entahla.kdg2 dlm hidup nie memg kita perlukan temankan..hermm..yela..dulu2 ada discuss ngan seseorang..dya da ckp,kita nie dlm hidup kalau kita berteman,adakah kita nakkan seseorang yg betul2 serasi ngan kita..it means that adakah kita mengharapkan dya menjadi teman yg baik ngan kita..maksudnya cam nie..yela kita bersahabt setiap masa ngan teman kita itu..so,segala kebaikan kita curahkn untuknya..namun,adakah kita nakkan balasan seperti mana kita telah berbuat baik kepadanya..herm..jawab jawab..hehe..pehe dop?haha..lawakla kan..he2..so...ana da pikir dah..xpela.kita berbuat semua kebaikan itu niat lillahitaala kan.. :)  niat dalam hidup nak dptkan keredhaan Allah.amin ya rabbal alamain.. ada juga kata2 yg penah dengar..kita jgnlah membalas semula jika ada yg berbuat jht pada kita,namun sentiasalah berbuat baik kpdnya...insyAAllah,.,Allah melihat semua yg kita lakukan.. ^^.
xpela..moga2 si dia for one day akan faham.. i hope! jum2..nak p mkn kenduri umah jiran jap..tata..salam semua!


Ya Allah.. tika Kau berikanku sahabat.. Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanmu. Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku. Kau jadikanlah sahabatku ini sbg teman seperjuanganku, peniup smngt jihadku, slng membantu memikul beban dakwah agamaMu. Kau jadikanlah ukhuwah ini disemai atas redhaMu teguhnya atas cinta kepadaMu. Ya Allah bahagiakanlah hatiku dan hatinya dengan cintaMu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...