Saturday, October 23, 2010

Mutiara Hati:Surat Buat Hawa ^^.

Dah de blog nie,mcm-mcm nak tulis..Herm..mlm nie da buka fb..Hati memberontak T_T
Sedih tengok kawan2 skola dulu and kawan2 lama pakat letakkan gmbr kat fb masing-masing.Xtahu nak cakap.tapi sedihla tgk T_T ..nak tegur,tapi xtaw nak tegur cmna..nanty ingat belagak baik lak..hanya boleh tegur melalui hati je,tapi tegur dgn hati kan selamah-lemah iman...(tapi xpelah)..Mudah-mudahan sahabat-sahabat yg sgt ana sayangi lambat laun berubah sedikit demi sedikit..Insya-Allah..moga Allah makbulkan doa2 ku..amin..Di sini,nak share cikit sal something..sharing is caring right?hermmm.....jom kita baca bersama-sama :)



Assalamualaikum Hawa,

Moga dirimu sentiasa di bawah naungan ilahi.Sungguh,aku menyayangimu Hawa,sayang kerana Allah.

Hawa,

Kenapa mesti engkau kaku dalam mengingati ajaran-Nya?Kenapa masih segan mengamalkan isi kandungan-Nya?dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Wahai Hawa,sedarlah..tangan yang menghayun buaian boleh menggoncangkan dunia.Sedarlah Hawa,kau boleh menggoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat,yakni yg soleh dan solehah,kau boleh menggegar dunia dengan menjdi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.Tapi,hawa janganlah sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu,dengan ayu wajahmu,dengan lenggok tubuhmu.Jangan kau menghentak-hentak kakimu utk menyatakan kehadirnmu.Jangan Hawa,jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian.

Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita ialah jala syaitan,alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam.Hawa,andai engkau masih remaja,jadilah anak yang solehah buat buat kedua ibu bapamu,andai engkau sudah bersuami,jadilah isteri yg meringankan beban suamimu,andai engkau seorang ibu,didiklah anakmu sehingga dia tak gentar memperjuangkan Ad-Din Allah.

Hawa,andai engkau belum berkahwin,jangan kau risau akn jodohmu,ingatilah jnji Allah,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan kau gadaikan maruahmu,hanya semata-mata kerana seorang lelaki.Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,kerana kau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati,dari senyuman membawa ke salam,dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,lelaki yang warak tidak tertarik melalui kemanjaan,tutur bicara yang lemah gemalai serta kemampuannya yang menggoncang iman mereka.

Tetapi Hawa,lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan ad-dinnya,lelaki yang soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya.Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.Oleh itu,Hawa jagalah pandanganmu,jagalah pakaianmu,jagalah akhlakmu,kuatkan pendirianmu.

Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu,biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi kehangatan kebahagiaan buat dirimu,cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.Hawa,cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta dari insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.

Hawa,ingatanku yang terakhir,biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan Ilahi.Jangan sesekali tangan ini yang menggoncang keimanan kaum Adam.

Ingatlah Hawa,
Seindah-indah perhiasan adalah wanita yang solehah.... n_n


*Kuatkan hati taw  sahabat-sahabat!kuat ya...ya Allah,kuatkan hatiku juga n hati sahabt-sahabatku..insya-Allah n_n percaya pada hati,setiap kejadian yg berlaku tu ada hikmahnyakan...peringatan utk diri sendiri and sahabat-sahabat yg disayangi...herm..Wahai mujahidah yg solehah,..Yakin n carilah cinta Allah sepenuhnya..Allah berfirmn dalam surah an-nur ayat 26:Wanita baik itu dijnjikan utk lelaki baik&begitulah sebaliknya..Telah tercatat seungkap nama lelaki dan wanita d luh mahfuz utkmu..cuma peribadinya ditentukn oleh sejauh mana peribadimu.Jika kau berada di ats jln yg diredhai,insya-Allah si dia turut di jln yg sma.Lupakan segala kegundahan,teguhkan diri pada cinta hakiki nescya cinta lelaki/wanita soleh turut kau miliki.Senyumlah pada sinar yg menantimu di hdpn :) *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...