Wednesday, January 4, 2012

:: 2012 ::


Alhamdulillah.syukur kpd Allah SWT di atas nikmat kesihatan yg dianugerahkan oleh Nya buatku.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,ahlul bait,para sahabat,tabi' tabiin ikhwah dan akhowat serta seluruh umat Islam yang tetap di jalan Nya. Wahhhh..... xsangka ye,skrg da masok tahun 2012! mak oi,achik ogy lupa nak update.hehe. windu kamooo amnasyuhadak! :)

Alhamdulillah.. skrg da masok tahun 2012.caya x? hermmmm.tup tup makin tua da nie.kekekekeke :p
Alhamdulillah,tanggal 2 januari baru2 ni slmt sampe ke mktb terchenta Besut nie.Perjalanan lebih kurang 6-7 jam gitu selamat diharungi.Dalam bas lena sakan je ^^ apa nak buAtkan..hoho

Hermm.berbalik tntng 2012,apa azam nak laksanakan ya. Insya Allah hrp2nya apa yg diharapkan terlaksana la agaknye..hehe.antaranya .... >

                                                     ..........................
                                                     ..........................
                                                     ..........................
                                                     ..........................
                                                     ..........................
                                                     ..........................

~ tak tido ag dlm kelas....aiya..dala di smkas dulu juara tido..hehe.tapi,kalu ngantuk sgt,apa nak buat.ops!
~ cepat laksanakan tugasan yg diamanahkan
~ sentiasa ingat Allah :)
~ Lupakan kenangan lama. aisyimen..
~ Sentiasa menyayangi shbt2 :)

Herm.tu je kot.tapi,kalu ada ag,boleh poskan semula.hehe.skrg,ngah kekeringan idea lak nak ckp.huhu
Tapi,kan yg sonoknye tahun nie achik ogy da bebas! bebas dari PKU!! hooreyyyyyyyyyyyyy! ops! terlebih suka nampak.. hehe.skrg,sis fitrah gantikan achik ogy bergandingan ngan oghe Marang mali..
Herm..okela.mata pun da ngantok......huhu.goodnyte!tido dulu ye.. Salam~
Read more...

Tuesday, December 13, 2011

Mujahadah itu perlu :)))

Assalamualaikum buat diriku dan semua shbt2 sekalian.. :)
Alhamdulillah,bersyukur pada Allah kerana pada hari ini kita semua masih lagi diberi nafas baru utk hidup d atas muka bumi Allah ini~Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,ahlul bait,para sahabat,tabi' tabiin serta ikhwah dan akhowat serta seluruh umat Islam yg tetap tegar dgn kalimah Allah .. 
 Hari nie achik ogy nak stort tentang dot dot.. apa ya?? 
tajuknya da ada di atas. " Mujahadah Itu Perlu " 
Kawan2..nak capai mujahadah itu rasa senang tak ya? takla kan . hermmmm..sebab tu mujahadah itu pahit,kerana nak capai syurga yg manis :)) 
Kenapa ya ogy cita tentang mujahadah ini.It is because i feel to tell all of u about this. Alhamdulillah, perasaan ogy skrg rasa tenang sgt.Ogy hrp sgt mudah-mudahan dpt mujahadah di jln Allah ni dgn tenang..ya Allah, berikan aku terbaek dlm hidupku .


" Kita doakan moga bahagia di samping yg tersyg dan sukses dlm hidup. " 


doa utk dia...moga berjaya mencapai keredhaan Allah ya.kita doakan yg terbaek! ya Allah berikan kami yg terbaik utk-Mu . Bukalah pintu2 taubat-Mu utk kami ya Allah .aminn~ 

jihad2 fisabilillah :)) 


achik ogy dan suami.idaman .. hehe ^_^ 
Just story about that utk hari nie.moga jumpa lagi . Assalamualaikum :)) have a nice holiday~ ~♥✿.¸¸.•´✿◕ 
Read more...

Thursday, December 8, 2011

da dpt lesen! :)

Alhamdulillah..hari nie tanggal 8 Disember 2011 achik ogy sudah lulus lesen keta! wa sonok sgt ..alhamdulillah ya Allah ^_^
Pagi2 sblm test, da debo2..huhu.. tapi,cuba atasi dgn kuatkan semangat..sampe je tmpt test, fuh nama first kena panggil! adoi2.. p je la..then,owang petama pulak kena nek keta..adoi! tapi apa nak buat, tima je la..hehe
Masok je keta, jpj bukan men kalot ag dya..hoho..arah sana arah sini..but ,nice! i like him! :) 
Last2 alhamdulillah achik ogy lulus gop..hee ^^ 
 K,nyte sume..just sharing about my lesen~ Salam! 
da bole jadi pemandu berhemah nie :) kui23 

Read more...

Sunday, October 16, 2011

KFC :)

Assalamualaikum.. hermm.. lamanya ogy xupdate blog ney.. amna pe kabo? sihat x? maafla,lama da xjenguk amna.. sedih x? hermmmm T_______T da bersawang+berhabuk da kot..hehe.. dari bulan 7 ag rasanya.. maaf ye amna.. lama dilupakan..jom achik ogy nak story ngan amna something ney sal KFC!  
wow..KFCla! macam kentucky fried chicken lak! hehe.. 
nk tahu?? jom layannzzzzzzzzzzzzzzz..


nak makan+minum..sumanya d KFC! 
.. abjad KFC .. 
KFC..lalalala3x~
allo allo.. welcome to KFC !
kad Fon Canggih!

KFC adalah kad fon canggih yang telah direka dan dibuat sendiri oleh my group! Kami ditugaskan oleh pensyarah untuk menyertai ekspo inovasi pendidikan 2011.Batch 2PISMP diwajibkan menghantar penyertaan.My class anta 5 penyertaan.Banyak komitmen yg harus diberikan sewaktu inovasi ini dilancarkan.Busy ngn esemennya,omwork ISL dlm kelas, komitmen2 laen yg memerlukan,masalah2 sekeliling.Namun walaupun diuji dgn mcm2 ujian,alhamdulillah suma dpt ditempuhi dgn baik ..syukur sgt2.Mana x nya.. Antaranya datang awal tuk siapkan booth,tup tup nama xda lak..lama kitaorg tunggu.ingat nak kena out da..Last2 alhamdulillah ter'save' :) itulah hadiah yg Allah nak bagi utk org2 yg bersabar kan ^_^
Hasil booth kami..!

Datang petang dan malam sebelum tarikh pertandingan utk siapkan booth nie..Keesokannya,pertandingan berjalan,, Alhamdulillah.. group ogy menang tempat ke-2! Muka happy menang :) 

with my lecture Puan Azrizan yg sporting!:) 

Alhamdulillah, rakan sekelas (group rolupoly) pon menang! Abi2 JAPIm juge :) tahniah sume.. tErbaek!


k,itu je yg ogy nak cita kat amna for today..kita jumpa ag..Assalamualaikum..have a nice day!

Read more...

Friday, July 1, 2011

Cerita 'sayang' dan 'cik ASPARAGUS' ^_^

Di pagi hari itu, burung berkicauan dengan penuh rasa gembira dan riang. Ya, kelihatannya burung-burung ini hati mereka riang sekali. Pohon juga melambai-lambai indah sambil meluruhkan dedaun berwarna brown & green. Memang menambah kerja aku la sebab nak menyapu semua dedaun yang bertaburan indah di atas tanah, merungut aku di dalam hati.

Tiba-tiba, aku dikejutkan oleh suatu suara yang amat menggerunkan. Ya, cuak giler masa tu. Aku segera mengalihkan mukaku dengan penuh lembut dan sopan untuk melihat siapakan pemilik suara yang menggerunkan itu. ASPARAGUS, itulah nama sahabat baikku. Dia datang lagi. Tidak jemu dia menghadirkan diri ke rumahku yang indah permai ini. Well, indah permai la katakan, siapa tak suka datang. Cuma serangga-serangga yang pemalu seperti lipas, cicak, ulat bulu, cengkerik dan seangkatan dengannya sahaja yang tidak suka menghadirkan diri ke rumahku. Almaklumlah, indah permai la katakan~ulang sekali lagi.

Ya,cik ASPARAGUS datang menyapaku.

“Weh, menung panjang nampak! Hai, pikir spe tu?” begitu lah ASPARAGUS, suka menyerkap jarang aku yang lemah lembut ni. Aku hanya membalas dengan menghadiahkan senyuman semanis madu.~padahal nak sembunyikan kecuakan aku yang telah tertangkap ‘termenung mengenang nasib’ di jendela rumah yang bergerigi.

“mana ada” hanya empat suku kata aku membalas. Nak save air liur.

“eleh, ye la tu” balas cik ASPARAGUS sambil membuat muka~mimik muka tersebut dirahsiakan atas tujuan keselamatan.

“still can’t forget him?” oh, inilah sifat sejati cik ASPARAGUS. Suka menyerkap jarang apa yang aku pikirkan. Wajahku yang indah didongakkan sedikit untuk melihat wajah ASPARAGUSnya. “Ya! Sungguh hijau” bisik hati nuraniku.

“oh, no..you start it again dear.” Balasku tujuh perkataan.

“come on sayang, tell me what’s bothering you so much?” ASPARAGUS cuba mengorek rahsia hati aku yang terlindung di balik tembok besar China. Oh no, she start it again.

“nothing la dear. I’m ok. Look at me, I’m ok kan?” balas aku sambil membuat senyum simetri.

“come on, you show me the fake smile as usual” ya, cik ASPARAGUS berjaya meruntuhkan tembok besar China yang aku bina dengan gagahnya menggunakan ayatnya yang seperti gergaji besi.

Aku hanya balas dengan senyuman yang beserta sedikit kesumbingan di situ. Senyum aku sumbing lagi untuk kesekian kalinya.

“you know me kan?” aku membalas kata-katanya dengan ayat yang mempunyai tanda tanya di akhirnya.

“him again right?” dia juga membalas ayat aku dengan ayat yang mempunyai tanda tanya di hujungnya. Cik ASPARAGUS memang suka tiru aku.

Aku mengangguk dengan lemahnnya seperti tidak makan seminggu.

“oh dear, you’ve fallen into him so much. Till now, you still can’t erase him. How such strong feeling you have towards him.” Yes, now she starts.

Aku hanya tunduk melihat bantal busukku. Malu rasanya menatap wajah hijau cik ASPARAGUS. “aku lemah” itulah yang selalu keluar dari hatiku yang tengah sakit ni. Mata bujur cik ASPARAGUS menatap mata bulatku dalam-dalam. Sangat dalam.

Then, she start.

“sayang, jangan sedih, jangan rasa terbeban. What you are going through now is ujian dari ALLAH, nak tengok, sejauh mana sayang boleh bertahan. Nak tengok, kuat kah diri sayang hadapi semua ni. You know kan, ALLAH takkan membebankan hambaNYA dengan ujian yang hambaNYA tak mampu tanggung. ALLAH know you can handle it well, so, HE give you him, to know how much you love HIM and to make you realize, how much HE love you. Ujian hati memang susah nak handle, sebab it’s about ‘hati’, something yang halus dan fragile. Kalau kita silap langkah, habis kita. Sebab tu, hati ni kita kena jaga sebaik mungkin. Ya, perasaan itu tidak salah, ya, kerana perasaan ‘ehem’ itu fitrah, yang salahnya jikalau salah cara kita menguruskannya.“

“it hurt me so much dear, I keep telling myself, he must get out from here, but, he’s still utterly there”

“sayang, don’t push yourself to much. Sebab kalau sayang push and terus push, it will getting stronger.” Aku mengangguk sebanyak sekali. Betul apa yang cik ASPARAGUS cakap, aku buat macam tu dulu, akibatnya, that feeling gloom. My bad.

“sayang, to forget him is jalan yang you pilih. So, pray to ALLAH. He will hear. Doa, moga ALLAH tunjukkan jalan yang terbaik untuk lupakan dia. Dan my sayang akan teruskan hidup macam biasa dan buka hati my sayang untuk terima other. Jangan ragu-ragu dengan your decision, what you choose is the best for you. I trust you, you can do it. Masa adalah ubat paling mujarab untuk melupakan seseorang. Trust me. “ oh, ayat dia menyentuh kalbu aku. Cik ASPRARAGUS, I love you lah!

“you will always be my side?” itulah lima patah perkataan yang aku karang dalam otak yang akhirnya menjadi satu ayat tanya.

“Allah also will. He is always by yourside. Anytime, anywhere. Just pray to him. Ujian ini adalah tanda kasih dan cinta ALLAH pada sayang. Oh, you forgot, Allah tidak akan sesekali menyakiti hambanya. Nothing can beat ALLAH’s love. Once you get ALLAH’s love, you will get the love from everyone. So, in order to get others’ love, love ALLAH first ok?” cik ASPARAGUS melihat mata bulat aku dalam-dalam untuk kesekian kalinya.

“yes, love ALLAH first!” ayat tu betul-betul buat aku semangat. Macam bateri handphone di charge penuh. Macam jugak lepas dapat minum air sejuk di tengah hari yang sangat terik. So refreshing.

“thanks dear, you are always like that. Comforting me through and through. Tak penat ke? Dah dua tahun kot?” cik ASPARAGUS gelak besar dengan pertanyaan aku 2 saat tadi. Dia fikir soalan aku tu lucu apa.

“sayang, apa guna kawan? “ cik ASPARAGUS tanya aku balik. Ish, konpius sungguh cik ASPARAGUS ni. Orang tanya dia, dia tanya orang balik. So, dah dia tanya, aku pun jawab balik, kang kecewa frust menonggeng pulak aku tak jawab soalan dia.

“untuk treat breakfast, lunch, dinner, and supper, untuk teman, belanja and pegang barang kalau keluar gi shopping. untuk macam-macam la, friend is everything kan?” tiba-tiba satu ketukan yang sangat keras mendarat di atas kepala aku. Ya, itulah ketukan maut oleh cik ASPARAGUS bila aku merepek meracau. Oh, bisa sekali ketukan maut beliau. Hampir membuat aku skizofrenia seketika.

“ha, kan dah kena! Merepek lagi. tak pernah nak serius” cik ASPARAGUS mula membebel. Ini yang aku tidak suka. Ya, bagi aku, mulut bukan untuk membebel.

Aku menghadiahkan jelingan maut. Eh, bukan maut, tetapi manja. Sambil mulut comel aku menghadiahkan ayat-ayat indah. Ayat itu seperti di bawah ini:

“thanks dear. Always stay by my side, jangan curang dengan sayang ok? “ aku merek ayat gedik-gedik manja berlada di situ.

“tengok keadaan, depends on your prestasi la. Kalau prestasi you baik, I’ll stay, if no, good bye ok?” ya, kali ini, ketukan maut aku pula berlabuh di atas kepalanya. Dia menjerit kesakitan hingga menggegarkan kawasan kejiranan rumah aku.

“sakit tau?”

“tau!” aku balas dengan rasa bahagia berbunga-bunga ‘ehem’. Almaklumlah, dapat balas dendam.












cinta ALLAH kekal abadi. oh,itulah nasihat 'cik ASPARAGUS' kepada 'sayang'nya. she hold that tightly. moga kali ini dia tidak terjatuh lagi, doa sayang di dalam hati.

inilah cerita 'sayang' dan 'cik ASPRAGUS'. sahabat baik susah dan senang. walaupun mereka berlainan keturunan, tetapi their frienship is so pure. well, persahabatan tidak mengenal keturunan.

this story adalah cerita asli. cuma diubah sedikit wataknya, atas dasar kebahagian dan kecintaan kepada watak.:p

*credit to cik Fatimah Azemi..thank imoh! :) nice story..ehem2..macam tahu2 je ..hehe * 

Read more...

Thursday, June 16, 2011

Kalau Allah itu Maha Baik,Kenapa Buat Neraka?


Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.
Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. 
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di  sebuah pasaraya  telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
Maka dia pun kena denda.
Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.
Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.
Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.
Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?
Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah  la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.
Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.
Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.
Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.
Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.
Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.
Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.
"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.
Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.
Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.
Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.
Artikel iluvislam.com 
Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."

Read more...

Wednesday, June 15, 2011

Jangan Terpedaya dengan cinta?? hermmmmm ^_^


Salam sayang wat semua :)
Tetiba buka facebo_Ok , then terbaca artikel ney..terus share ngan korang semua..hermm =_='
Ramai yang berkata, "Cinta itu fitrah. Jadi, apa salahnya pada cinta?"
Ya. Tidak dapat dinafikan, cinta itu adalah fitrah. Fitrah, bererti sesuatu yang bersih. Fitrah bererti cinta itu sesuatu yang suci.
Namun, bagaimana sesuatu yang suci itu boleh menjadi fitnah (bencana)?
Cinta itu fitrah. Jadi, apakah pula yang cuba dimaksudkan dengan 'janganlah kalian tertipu dengan cinta'?
Bukankah fitrah itu suatu yang membawa kepada kebaikan?
Apabila fitrah menjadi fitnah
Tidak dapat kita nafikan, pada hari ini, betapa pengaruh media massa itu memberikan impak besar dalam pembentukan pemikiran masyarakat kita. Isu-isu yang diketengahkan di media massa, itulah yang akan menjadi pusat pemerhatian masyarakat.
Sekarang, apa pula kena-mengena media massa dengan cinta?
Ok, di sini saya berikan satu contoh.
Kita sedang menonton satu movie yang bertemakan cinta (yang berlambak di pasaran). Ok, apa yang difokuskan dalam cerita itu?
Mulanya, ditunjukkan bagaimana latar belakang kedua-dua watak utamanya; hero dan heroin. Berkenaan taraf kehidupan mereka, cara hidup mereka dan lain-lain. Kemudian, pengarah cerita memasukkan pula babak-babak seterusnya. Bagaimana mereka boleh terserempak, dan berkenalan. Kemudian, bagaimana perasaan 'cinta' itu tadi mula berputik. Dimulakan dengan minat, kemudian usaha-usaha yang dilakukan untuk mendapatkan pasangan tadi (daripada sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak), dan usaha-usaha untuk mempertahankan cinta itu tadi.
'Pause'. Ok, anda sudah mula nampak apa yang cuba saya bawakan?
Kita dapat melihat kelebihan yang ada pada apa-apa media massa. Mereka boleh mengawal fokus penonton (atau pembaca).
Seperti yang kita dapat dilihat tadi, bagaimana, pengarah cerita tadi dapat mengawal pemikiran penonton tadi untuk memberikan fokus terhadap 'perjuangan' cerita, yakni 'cinta'.
Kita teruskan. . .
"Alaa, sibuk je perempuan tu!" kata seorang penonton, seakan tidak berpuas hati akan kewujudan orang 'ketiga', yang dianggap seperti perosak kepada perjuangan tadi, perjuangan cinta.
Dalam movie itu tadi, kesungguhan hero dan heroin dalam mendapatkan atau mempertahankan cinta itu turut dipamerkan. Bagaimana halangan-halangan yang muncul dalam 'perjuangan' mereka itu tadi, cuba mereka atasi satu demi satu, dan pengorbanan-perngorbanan yang dilakukan, menyebabkan cinta yang cuba dipertahankan tampak sungguh agung.
"Aisey, kacau la parent diorang ini. Jangan ganggu boleh tak?" Mungkin, ini kata-kata penonton tatkala scene parents kepada hero/heroin pula cuba menghalang cinta mereka. Em, tidak mustahil juga, kata-kata tadi turut muncul dari diri kita, mungkin bukan pada mulut, tapi pada hati, tanpa kita sedari.
Di sini, kesan 'perjuangan' cinta tadi sudah tertanam dalam minda penonton. Tanpa mereka sedari, mereka juga telah menjadi 'penyokong' kepada perjuangan cinta tersebut. 'Perjuangan-perjuangan' yang dipamerkan, walaupun terpaksa menentang kedua ibu bapa, mengorbankan komitmen hidup mereka, hanya atas nama cinta, dipandang suci. Semua itu dianggap pengorbanan-pengorbanan yang harus dipuji, atas tulusnya cinta yang wujud di antara mereka.. hero dan heroin.
Betapa 'agung'nya cinta mereka itu tadi, sehingga ianya sudah pun diangkat menjadi matlamat. Apa-apa perkara lain yang menghalangnya, baik berat maupun ringan, harus dikorbankan.
Nampak?
Inilah yang dipanggil sebagai 'ghazwul fikr' atau serangan pemikiran. Musuh-musuh Islam menggunakan pendekatan halus itu tadi untuk menyerang kita umat Islam.
Minda bawah sedar kita secara tidak langsung, mula menerima apa yang cuba dibawakan melalui cerita itu tadi; cinta itu matlamat. Percaya tak?
Hebat kan kesan 'ghazwul fikr' melalui media massa hari ini?
Movie itu hanyalah satu contoh. Banyak lagi saluran-saluran lain yang dapat digunakan, contohnya drama, novel, komik, lagu, dan sebagainya.
Lalu, itulah yang kita dapat lihat pada masyarakat kita hari ini. Gejala-gejala sosial berleluasa dengan hebatnya atas nama cinta. Cinta dipandang sebagai 'perjuangan yang agung', itulah yang kemudiannya dihidupkan dalam masyarakat kita. Bahkan, para pendakwah juga tidak terlepas daripada terkena tempias yang ada.
Kita... mungkinkah pemikiran kita juga telah berjaya di'serang' dan di'tewas'kan tanpa kita sedari?
Bagaimana fitrah itu boleh dicemari
Kita sudah arif, bahawa cinta itu memang pada hakikatnya adalah fitrah.
Namun, mengapa fitrah itu boleh pula menjadi fitnah (bencana)?
Kenapa?
Ini berpunca apabila cinta itu dijadikan matlamat utama. Menjadikan cinta sebagai sole purposekehidupan kita. Seperti yang dapat kita lihat dari kisah yang saya ceritakan tadi.
Ya. Kita ambil air zam zam dan air coca cola sebagai analogi. Bayangkan, apa yang akan terjadi apabila secawan air zam zam tadi dicampurkan pula dengan beberapa titis air coca cola.
Pasti warnanya berubah bukan. Apatah lagi, apabila sebanyak secawan lagi air coca cola tadi dimasukkan ke dalam air zam zam. Pasti, warnanya akan berubah dengan mendadak. Kesucian air zam zam pada mulanya tadi pun sudah tidak lagi kelihatan. Yang terlihat, hanya hitam dan kekerohan.
Jadi, begitu juga dengan cinta yang wujud pada masyarakat kita tadi.
Apabila manusia meletakkan cinta sebagai matlamat utama hidup mereka, secara tidak langsung, cinta itu tadi, telah mereka campurkan dengan perkara-perkara lain. Nafsu mereka, keburukan-keburukan, maksiat-maksiat, dan sebagainya yang tidak suci (fitrah), yang kemudiannya akan mencemarkan kesucian cinta itu tadi.
Akhirnya, cinta itu yang yang pada mulanya tadi bersih itu, kini kelihatan kotor - daripada fitrah, menjadi fitnah.
Babak-babak dalam kehidupan kita
Tadi, saya ceritakan babak-babak dalam movie. Kini, saya bawakan pula babak-babak dalam kehidupan kita. Kejadian-kejadian realiti.
Ada kes, yang mana, seorang muslimah sanggup murtad demi mempertahankan cinta.
Terdapat juga kes-kes, yang mana manusia itu, sanggup membunuh diri hanya disebabkan putus cinta.
Tidak kurang juga kejadian, di mana manusia sanggup menggadaikan maruah dan harga diri mereka, hanya atas harga cinta.
Malah, yang turut menyedihkan juga terdapat peristiwa di mana para pendakwah, gugur dalam perjuangan dakwah mereka disebabkan cinta mereka tadi tidak berbalas.
Rugi bukan?
Apa puncanya?
Inilah kesannya apabila cinta itu tadi, telah kita jadikan sebagai matlamat kita. Dan perkara-perkara yang menghalang cinta pula, mungkin telah kita lihat sebagai suatu ancaman yang harus disingkirkan.
Satu cara pandang yang sudah terbiasa.
Justeru, mari sama-sama kita kembali menjernihkan cara pandang masyarakat kita terhadap 'cinta'.
Penutup: Kembali meletakkan cinta di tempatnya.
*****
Allah mengkurniakan cinta kepada manusia. Pasti ia bukan sesuatu yang hanya sia-sia, bukan?
Oleh itu, ayuh kita murnikan kembali pandangan kita terhadap cinta.
Tidaklah Allah mengkurniakan cinta itu, melainkan agar ia memudahkan kita mencapai matlamat hidup kita.
Apa matlamat hidup kita?
"Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu." - [Surah Adz-Dzariyat, 51: 56]
Ya, Allah - itulah matlamat kita.
Bukan cinta.
Cinta hanyalah salah satu alat, untuk mencapai matlamat kita tadi. Dan ianya tidak lebih dari itu.
Persoalannya,
Pada hari ini, siapakah yang tinggal untuk kembali memurnikan cinta? Siapa yang akan memperjuangkan agama, meletakkan Allah sebagai matlamat utama?
Moga hati-hati kita, dalam diam menjawab, "saya".
Insya-Allah.
comeinyee..pasangan bahagIa..suke sgt! :) credit to Sakinah~


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...