Friday, January 21, 2011

Hukum Tabarruj bagi muslimah~

Pemakaian Inai:
1. Makruh bagi wanita Islam yang memakai inai, sekiranya bertujuan dan berniat untuk berhias.
2. Disunatkan bagi wanita Islam yang berkahwin memakainya.

Pemakaian Celak:
1. Tidak boleh bercelak bagi wanita Islam ketika hendak keluar rumah, melainkan untuk suami dan mahram.
2. Wanita Islam dibenarkan bercelak sekiranya bertujuan untuk berubat. Daripada Ibnu Abbas
RA, Rasulullah SAW telah bersabda : "Bercelaklah kamu dengan celak daripada batu,
Sesungguhnya dengan memakai celak dapat menerangkan mata dan dapat melebatkan bulu
kening". *Terdapat banyak hadith yang menerangkan tentang kelebihan bercelak dengan
"ithmid" yakni celak yang dibuat dari batu (celak debu).

Pemakaian Cincin:
1. Diharuskan bagi wanita Islam memakai cincin emas sebagaimana Sayyidatina Aisyah
memakai cincin daripada emas.
2. Wanita dibolehkan memakai cincin disemua jari tangan. Namun terdapat khilaf ulama' pada
jari yang lebih afdhal (baik)..
- Imam Syafie mengatakan afdhal jika dipakai di jari kanan, kerana tangan kanan lebih
mulia untuk "zinah".
- Imam Malik mengatakan sunat memakai cincin di jari kiri dan makruh di pakai di jari
kanan.

Wallahua'lam.
POSTED BY USRAHMUJAHID_AZAM http://azamonemujahid.blogspot.com/


*Pssttt..tQ to sakinah bagi link nie..:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...