Thursday, October 21, 2010

Bicara Islah:Cinta itu Fitrah

Assalamualaikum ..
Herm.. baru-baru ini,maktab ana hangat berdiskusi mengenai tajuk forum "Cinta Terlarang".Apa itu Cinta Terlarang?Sama-sama kita fikirkan.. Di sini ana ingin berkongsi sikit mengenai sebuah topik yang sangat menarik iaitu C.I.N.T.A I.T.U. F.I.T.R.A.H...herm..cinta oh cinta..Ada Apa Dengan Cinta?Ya,pastinya di usia ini,perkataan CINTA itu tidak lekang daripada mulut setiap insan.Pastinya juga cinta kepada Allah SWT itu mengatasi segala-galanya.Namun pada hari ini kita akan berbicara mengenai cinta sesama makhluk dan benarkah cinta sebelum berkahwin itu dibenarkan?Cinta adalah suci,bersih dan ia membawa ke syurga.Cinta mestilah dibina dari keimanan,dan dicari berlandaskan petunjuk Allah SWT.

Cinta itu lebih suci dari apa yang kamu jangkakan.Apakah namanya cinta jika kita melempar pasangan ke neraka,dengan melanggar arahan-arahan Allah?Cinta itu ibarat lautan madu,siapa yang merengguk nikmat kemanisannya pasti akan terleka seketika.Paling parah apabila iman tidak lagi menjadi pertimbangan,diri sendiri yang hanyut tak bertepi.Hati remaja selalu berkata,apakah salah kami bercinta?Rasa cinta memang tidak salah.Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah SWT kurniakan kepada setiap manusia.Ingin bercinta dan dicintai adalah fitrah.Jiwa manusia memerlukan cinta sejati seperti jasad memerlukan makanan.

Namun Allah tidak kurniakan cinta secara begitu sahaja.Dia mencipta peraturan cinta demi menjaga menjaga kemurniaannya.Peraturan inilah yang kerap dilanggar.Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta.Di sini selalunya remaja terjebak.Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan  peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Apakah peraturan cinta itu?Peraturan cinta ialah jangan melakukan apa-apa yang dilarang oleh Allah SWT.Peraturan cinta ialah masih lagi meletakkan Allah SWT sebagai kekasih yang utama.Jelas di sini,perasaan cinta itu tidak menjadi kesalahan namun cinta menjadi salah apabila kita menjuruskannya kepada cinta yang terlarang,yakni cinta yang kepada kelalaian.Allah SWT kerap dipinggarkan dalam hubungan cinta terlarang.Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya.Hukum Allah dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diingatkan oleh Rasulullah SAW bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga.Kerana itulah cinta yang merupakan FITRAH itu telah menjadi FITNAH.

Di sinilah pentingnya peraturan dalam cinta.Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya.Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan.Begitulah hubungan cinta telarang yang membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan.Kejadian zina dan buang bayi adalah bukti jelas yang merupakan kesan kepada cinta terlarang.

Oleh itu,usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka.Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka.Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta   sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan.Jika tidak ada niat untuk berkahwin,cinta sudah pasti bukan kerana Allah SWT.Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau keduanya sekali.

Yakinlah,tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan tuhan.Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini.Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah.Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT.Allah memberikan kita fitrah lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita dengan Allah SWT.Cintailah sesiapa pun,tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah SWT.Sehubungan itu,cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah!

Soalnya, bagaimana?
Iringilah dengat niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.Ingatlah bahawa tiada istilah 'couple dalam Islam',yang ada hanyalah PERNIKAHAN :)
Wallahua'lam...

*Mudah-mudahan kita dapat mereflek diri kita sendiri yang mana cinta itu lebih utama.Sama ada pada Allah?pada manusia?atau sebaliknya..*

Sahabatku....
Solehkanlah dirimu, nescaya cinta pasangan yang soleh akan turut menjadi milikmu n_n

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...